SANGKAR ARNAB YANG BAIK DAN BETUL
Selain sangkar ready-made buatan China (9 lot), 553 Rabbitry juga menggunakan sangkar buatan tangan jenis modular menggunakan wiremesh 17G. Pemilihan size lot biasanya berkait rapat dengan kesediaan standard bahan & penjimatan yg boleh dilakukan setelah dipotong. Lot bersaiz 30" x 18" x 16" menjadi pilihan untuk jenis sangkar 1 layer & pintu sebelah atas. Tambahan seperti alas kaki pvc (stepboard) adalah pilihan untuk memberi lebih keselesaan kepada penghuninya kelak.
Saiz lot seperti ini memberi kebebasan kepada penternak tanpa batasan terhadap kesesuaian untuk induk betina, pejantan mahupun grower. 3-4 ekor grower boleh ditempatkan dengan penyediaan bekas makanan yang mencukupi. Ruang induk betina memandai setelah nestbox dipasang. Manakala, ruang pejantan cukup untuk aksi lasak mengejar betina melaksanakan tugasnya yang asyik.
Pengendalian terhadap arnab lebih mudah kerana pintunya di atas dan ruang kerja sementara boleh dilakukan di ruangan atas sangkar. Kelemahannya, memerlukan ruang yang luas untuk sangkar jenis ini berbanding sangkar bertingkat. Walaupun bagaimanapun, kepadatan adalah kurang dan ventilasi udara adalah lebih baik.
Tak ada masa nak buat? Itu masalah kecil, apa guna ada kawan seperti Mohd Sapian Mohd Zawawi, seorang pemuda yang rajin dan sering membantu rakan-rakan. Tambahan pula dgn falsafahnya "tangan memberi lebih baik drp tangan yg menerima". :p
Ruangan 24ft x 12ft boleh memuatkan 32 lot sangkar jenis ini. 2 rolls wiremesh (100ft) diperlukan dan juga 1 jug air sirap.
Comments
Post a Comment